1) HTC One M7
2) Sony RX100 Mk. 2
3) GoPro Hero 3+ / 6
4) Samsung Galaxy S7 Edge
5) Sony a6000 30mm f1.4
6) iPhone 11 Pro Max

Tuesday, August 19, 2008


Itu cek ya
Yeap. Ini cek gaji pertama aku. Aku tahu, jumlah nya tak banyak. Tapi duit tetap duit kan? Peluh aku, duit aku. Bukan macam korang, bila duit dah habis mintak kat mak bapak tiap-tiap hari lepas tu habis kan beli rokok Dunhill merah dengan lepak di pusat internet. Ingat, nak dapat duit ni bukan senang tau. Ya aku tau, aku hanya lah "budak 7e". Sampai ada yang cakap aku masuk Kolej Seven Eleven, ada yang cakap aku amik course cashiering dan toilet cleaning. Takpe. Takpe. Aku terima. Aku tahu, korang pandai-pandai, sekor sekor masuk Universiti atau Kolej Swasta. Tapi, penting bagi aku, aku dapat duit. Dan, korang. Aku tak ambik kisah pun pasal korang. Aku ulang, yang penting, aku dapat duit.

Ala kerja memang dapat duit...
Memang lah dapat duit. Korang ingat senang ke? Susah beb. Otak aku kena kuat. Kaki dan tangan pun kena kuat jugak, nak lempang sekor-sekor manusia yang datang membeli dan buat hal. Dari budak sekolah sampailah pendatang asing. Mesti menjengkel kan perangai mereka. Aku kena berdiri lapan jam di kaunter kecik tu tiap-tiap hari (hari yang aku kerja lah), aku kena layan karenah manusia-manusia yang ada macam2 perangai, susah tau. Nasib baik ada air-cond. Sejuk lah jugak kan. Dari Mat Bangla, Mat Indon, Mat Melayu, Mat Cina dan jugak Mat Cha. Ada buta bahasa lah. Lembab lah. Macam-macam lah.

Kau ni mata duitan ye.
Kepala Hotak kau aku mata duitan. Aku bukan macam korang, kecik kecik lagi nak buat bisnes tu lah, bisnes ni lah. Direct Selling lah. Macam-macam. Kerja korang sekarang ni, belajar. Aku guna duit aku untuk benda berfaedah. Bukan beli rokok Dunhill merah. Kalau rokok ada kaffein ke, boleh kasi otak dan otot kaki aku kuat ke takpe lah jugak nak beli. Duit aku untuk aku nak upgrade basikal aku. Bila basikal best dan ringan baru lah seronok. Basikal jugak untuk kesihatan dan kepuasan aku. Sekurang-kurang nya nanti boleh la jugak adrenaline aku terpancut-pancut dalam badan aku. Seronok lah jugak rasa. Boleh ke adrenaline terpancut-pancut masa korang main CS kat pusat internet tu? Mana boleh. Kalau tengok gambar awek dekat Myspace pun seronok dekat situ je lah. Er? Ada ke orang guna Myspace sekarang ni?

Asal nak kecoh dapat gaji
Suka hati aku lah. Itu gaji aku. Duit aku hasil penat lelah aku. Korang yang tak pernah kerja cari sesuap nasik boleh la cakap macam-macam. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Tak paham? Tu la, sape suruh korang lepak pusat internet main CS lagi. Kan otak dah bengap. Tambah pulak hisap rokok Dunhill merah, lagi lah. Aku, bukan nak kecoh yang aku dapat gaji pun, cuma, berkongsi pengalaman je. dan ye la kan, blogging ni kan dah jadi Trend budak-budak sekolah kau kan. Asalkan ada blog satu. Isi takde pun takpe. Kan? Ini adalah sebahagian dari memori aku jugak. Macam korang lah, baru berjalan dulu, mesti mak bapak korang tangkap gambar korang dengan caption " langkah pertama aku". Taa Teh. Taa Teh.
Sama jugak dengan aku.

No comments: