1) HTC One M7
2) Sony RX100 Mk. 2
3) GoPro Hero 3+ / 6
4) Samsung Galaxy S7 Edge
5) Sony a6000 30mm f1.4
6) iPhone 11 Pro Max

Tuesday, October 7, 2008

Selamat Jalan ;) Semoga Berjaya

zaenol ; khalid ; aizat


Siapa tu?

Aizat, sedara aku. Tengok ulat bulu atas mata dah tau. Ok, tengok kening sambung dah tau, kami bersaudara. Satu lagi Zaenol. Kawan sedara aku. Itu masa dekat KLIA. Ramai kawan2 die hantar mereka kat sana.

Kenape dieorang pakai kemas-kemas.

Sebab, mereka berdua nak terbang ke Egypt untuk sambung belajar medik. Durasi, 6 tahun aje. Lama jgk la. Lagi lama dari umur kereta aku. t-.-t . Bukan die orang je, ramai lagi yang pergi. Aku tak sempat nak kira lah. Senang cerita, KLIA yang sejuk tu boleh jadi panas, sebab ramai sangat orang. Ramai kan?

Lama beb. Kenape Egypt ? Jauh tu.

Sana paling murah berbanding di Bandung, Russia, India. Murah pun mahal lah jugak. Takpe, parents mereka kaya =). Lagi pun, di Egypt, kalau bosan-bosan baca buku tiap2 hari, boleh fly pegi Paris jap ke minum latte, atau pegi Manchester Utd jap ke tgk football match. Sebab tiket pegi sana murah. Ok, mahal jugak lah kalau convert to MYR. Kira murah lah senang kira. Korang memang. Kedekut, asyik nak kira je.

Tak rindu family ke duduk sana ?

Rindu lah kot, entah la. Setahun sekali boleh la balik Malaysia, pekena Nasi Lemak Antarabangsa dengan Teh Tarik. Ye lah, sana mesti bosan. Tiap2 hari makan daging kambing. Minum susu unta. Lama2 mesti termuntah kan ?

Betul-betul. Pandai cakap arab ke?

Sebelum pergi sana, die orang amik kursus belajar bahasa arab mesir di UKM. Sebab arab mesir ni lain skit dengan arab yang korang belajar masa darja 1 sampai 5 tu. Bahasa Arab mesir ni macam Bahasa Pasar. Macam-macam ==

Kau tanak jadi macam die orang ke ?

Tak. Aku tak minat Biologi. Bukti ; aku dapat F dalam SPM. Sebab apa yang aku belajar, macam tak masuk je dalam otak. Kalau aku minat pun, mungkin tak jugak. Sebab kos yang tinggi. Mana mampu beb. Bidang Kejuruteraan ; ya.

Jadi kau nak jadi apa nanti ? Takkan tengok die orang berjaya dengan warna terbang aje...

Petani Moden ; aku nak jadi.

No comments: