1) HTC One M7
2) Sony RX100 Mk. 2
3) GoPro Hero 3+ / 6
4) Samsung Galaxy S7 Edge
5) Sony a6000 30mm f1.4
6) iPhone 11 Pro Max

Saturday, December 13, 2008

Pergi Pergi

Pakai lah pakaian kamu orang yang paling lawa dan terkini mengikut zaman. Jangan lupa aksesori nya sekali. Untuk yang kuat berpeluh, aku saran kan jangan pakai pakaian bewarna gelap, pakai pakaian yang cerah dan mudah kering. i.e Drifit. Climacool.

Bawa kamera digital lensa reflex tunggal kamu tu, dan speedlight nya sekali. Guna kan mode auto penuh, gantung di leher, atau bahu, mana-mana yang nampak cool. Bag kamera berbentuk petak bersaiz besar pun jangan lupa jugak.

Bila dah sampai sana nanti, jangan menjerit-jerit atau bercakap dengan nada yang kuat. Tak elok kan. Oh, jangan Mencuri barang-barang di sana.

Bila dah balik pulak, jangan lupa, untuk kecoh kat orang lain, beritahu betapa best nya kat sana tadi. Dan juga jangan lupa upload gambar banyak-banyak, dan buat folder baru, terutama gambar berkumpulan sambil masing-masing buat muka comel dan kacak. Dan, tolong, jangan post di bulletin tentang pengalaman pada hari ini. Sebab, kami, tak mahu baca dan tahu kisah hidup kamu orang, dan, bulletin bukan tempat yang sesuai, aku rasa.

No comments: