1) HTC One M7
2) Sony RX100 Mk. 2
3) GoPro Hero 3+ / 6
4) Samsung Galaxy S7 Edge
5) Sony a6000 30mm f1.4
6) iPhone 11 Pro Max

Sunday, October 3, 2010

Rumah Terbuka

Terima kasih kepada kawan-kawan yang dapat hadir ke majlis makan-makan siri ke 20. Menu tahun ini tak seberapa berbanding dengan tahun-tahun yang lalu. Tetapi kambing golek 15 ekor tetap dikekalkan sebagai menyambung tradisi. Majlis makan-makan tidak akan lengkap jika tiada kambing golek. Tetamu yang hadir boleh tahan ramai, melebihi jangkaan. Dianggarkan lebih 800 orang yang datang, terdiri dari pelbagai kaum dan warganegara. Semangat 1Malaysia boleh dilihat dengan jelas disini. Tak sia-sia berjuta ringgit wang cukai ibu bapa korang dihabiskan untuk membuat iklan, laman web, pamplet, dan video 1Malaysia.

Tahun ini agak berbeza dengan tahun sebelumnya kerana majlis makan-makan ini bukan setakat datang untuk menjamu selera, malah terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti menarik seperti melompat dalam guni, karaoke, booth durian kampung, perlawanan game PES dan FIFA tajaan SONY Malaysia, sesi fotografi bersama haiwan jinak seperti badak sumatera, burung kakak tua, keldai, kuda padi, dan buaya emas, yang didatangkan khas dari Bangkok, Thailand. Senang kata tetamu-tetamu yang hadir bukan sahaja kenyang perut, malah mereka juga suka hati bila pulang ke rumah masing-masing.

Sekali lagi, aku ucapkan terima kasih kepada yang dapat hadirkan diri. Semoga tahun depan kita dapat berjumpa lagi.

No comments: